Tuesday, April 5, 2011

Tips menjaga privasi di alam siber

Tip Menjaga Privasi
gambo googled

1 Simpan data peribadi kamu seperti e-mel, rekod ‘chatting’, gambar dan video dengan selamat. Gunakan kata kunci atau ‘password’ yang mempunyai kombinasi huruf dan nombor atau kamu mungkin juga mahu menguncinya dengan lebih selamat (dikenali sebagai encryption). Banyak perisian yang membolehkan kamu melakukan perkara ini, supaya kata laluan kamu tidak dapat dileraikan dengan begitu mudah.

2 Fikirkan beberapa kali sebelum meletakkan apa-apa gambar peribadi kamu di Internet. Gambar tersebut mungkin akan digunakan atau diubah oleh orang lain, tanpa persetujuan kamu. Banyak cara lain untuk kamu berkongsi gambar-gambar peribadi bersama keluarga dan rakan-rakan yang jauh.

3 Berseronoklah dengan teknologi. Belajar lebih banyak bagaimana laman-laman web yang kamu lawati itu berfungsi, siapakah orang yang bertanggungjawab untuk laman web tersebut supaya kamu tahu siapa yang perlu dihubungi jika mahu menghantarkan sebarang aduan. Lebih banyak yang kamu tahu tentang teknologi terkini, kamu mampu mengurangkan risiko pendedahan di Internet.

4 Paling penting sekali, kamu perlu bijak mengawal privasi antara diri kamu dengan keluarga, rakan-rakan, pasangan dan juga majikan kamu. Berbicaralah secara terbuka dan pastikan mereka memahami hak kamu untuk mengekalkan privasi. Mempercayai dan menghormati hak masing-masing adalah kaedah terbaik untuk mengadakan komunikasi secara online!

Berikut adalah tips bagi kita2 yg mempunyai Rangkaian Sosial
5 Semuanya umum
pastikan kamu tidak memasukkan segala maklumat di dalam laman web sosial kamu kerana apa yang dipaparkan akan menjadi terbuka kepada umum. Ketahuilah setelah kamu masukkan data peribadi ke dalam web, kamu pasti tidak dapat mengawalnya.

6 Seperti perjanjian
jika kamu menggunakan rangkaian social walaupun kamu cuba menjadi orang yang tiada nama (anonymous), kamu tetap dapat dikesan kerana kadang kala tanpa disedari kamu telah mendaftarkan maklumat tentang diri sendiri. Secara tidak langsung juga kamu terikat dengan sebarang perjanjian pengguna yang telah pun kamu persetujui.

7 Tak semuanya jujur dan benar
kamu mesti tahu bahawa tidak semua yang ada dalam Internet itu adalah benar dan betul. Mungkin juga ada yang meletakkan gambar orang lain dalam akaun Facebook mereka. Malah, ada juga yang sanggup menipu perihal diri sendiri semata-mata ingin mengaburi mata sesetengah pihak.

8 Tapis diri sendiri
pastikan apa yang ditaipkan dalam laman web itu tidak mengganggu gugat orang lain. Jangan sesekali taburkan fitnah atau lepaskan geram terus kepada individu tertentu. Ini untuk mengelakkan perkara-perkara salah faham berlaku. Berkiaslah jika perlu.

9 Tidak semua perlu tahu
kamu tidak perlu memasukkan segalanya ke dalam web. Pastikan maklumat yang kamu sampaikan itu sesuai untuk umum atau tidak. Jika ia merupakan maklumat dalaman kamu, jangan keluarkannya. Begitu juga dengan maklumat sensitif yang perlu dirahsiakan.

15 Responses so far.

  1. Mama Syafi....
    sekaghang ni awok tengok...bebudak sekaghang deme kalo letak gambo kat pesbuk ke...blog ke...udah tak heghan dah daring2 ni....kalo bulih nak tunjok kat oghang ...yang deme le yang paling daring sekali..... ishh...ishhhh .... ishhh

  2. setuju2 dgn komen 08 ni.buddak2 skng ni hebatttt.

  3. Mama QS says:

    macam-macam sekarang ni...zaman dah terlebih canggih.... apa-apa pun kita berbalik kepada agama islam....

  4. Puanbee says:

    haaa..kadang2 takut jugak letak gambo dan semua tu..hati2 je ler..

  5. nice posting..sangat informatif..

  6. Atiey says:

    huh..zaman canggih sekarang nie memang merbahayakn kita semua..suka sangat canggih bagai memang camnielah gaya dia..huhu..tetibajer baran hahaaha


    anyway nice n3 mama..

  7. Rozita says:

    terima kasih atas peringatan adak!

  8. Lagi gempak bila gambar pemimpin yang kena sabo....huhu

  9. mrs.sabri says:

    saya pun suka letak gambar2 kat blog dan fb..kalau ada sape2 yang nak ambik gambar saya untuk di salahgunakan,saya x marah..TAPI INGATLAH..TANGGUNGLAH KAT AKHIRAT..!!! Saya x rugi apa2..malah..mereka dan mereka itulah yang menanggung dosa..huhu..gambar suami saya pernah di salahgunakan apabila dia meletakkannya di fb..ada makhluk mana tah duk guna gambar suami saya tapi menggunakan nama lain..nasib baik jugak la org yg ambik tu x buat perkara yg bukan2..dia cuma menyamar je..

  10. betul.. betul.. bdk2 skrg mmg sgt open. kononnye open le.. tp takut nyusahkan diri deme sendiri..

    mmg kena beringat zaman cyber skrg ni perompak cyber pon ramai.. so, jgn expose sgt 100% ttg diri kita.

    mimi, whoa penah terkena ye? ee takutnye kalau org tu buat menda yg tak baik kan

  11. Assalamu'alaikum...

    kunjungan dari Jakarta.

    Syukron katsiron atas tips-nya ya... sangat bermanfaat sekali untuk saya agar lebh berhati2 lagi.

    Sekali lagi terima kasih dan sukses selalu...

    wassalamu'alaikum

  12. NzA says:

    kalu org2 dewasa, kita boleh brfikir lebih matang ttp kalu budak2 sk sesuka hati je mrk masukkan gmbar2 yg xsepatutnya.....

  13. catatan kecilku, mudah2an tips ini bermanfaat utk kita yer..

    kak nza.. budak2 ni lum ckp makan garam lg. bg diorang semuanye nak enjoy tp impaknye tak penah pikir. betul tak?

  14. semakin canggih teknologi menandakan semakin pandai manusia termasuklah orang jahat.

  15. post yg baik....layari blog sy pula....http://achikinfinity.blogspot.com/

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 339999 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors