Tuesday, April 12, 2011

Takut ke timbang berat badan? Tips nak kurus..

Anda merasakan tubuh anda sudah cukup langsing. malah ramai juga yang memuji bentuk badan anda. tapi dlm masa yg sama anda juga takut untuk menimbang berat badan anda.APA PUNCANYA? jujurlah dengan diri sendiri. PUNCANYA KERANA ANDA TAHU BAHAWA ANDA TIDAK PERNAH MENJAGA BERAT BADAN SEBAIKNYA, TIDAK PERNAH MENGAWAL PEMAKANAN YANG BAIK DAN SIHAT.




gambo googled



Anda juga tahu, bahawa tubuh anda langsing disebabkan anda mengabaikan makan, atau sebenarnya mengabaikan program diet yang sihat. Bimbang tatkala menimbang berat badan, hanya satu atau dua kilogram sahaja yang turun. Anda takut untuk menerima hakikat bahawa sebenarnya, hanya massa otot anda sahaja yang menurun sedangkan hakikatnya lemak-lemak masih berkumpul lagi.


Menurut Dawn Jackson Blatner, jurucakap American Dietetic Association, tidak semestinya anda perlu mengikut aturan yang ketat untuk berdiet. Asalkan anda mencuba dengan baik dan tetapkan matlamat sebenar untuk berdiet, pasti anda boleh menjalani program diet anda sendiri dengan baik. Ikuti langkah untuk membantu program diet anda dengan baik:

Tiada permulaan pada hari Isnin
“Hari ini hari terakhir aku makan banyak, esok, Isnin. Jadi, aku akan mula berdiet pada hari esok!” Kalau anda ada berfikir sebegini, mulai sekarang lupakan saja untuk berdiet. Tiada siapa yang menetapkan hari Isnin sebagai permulaan hari untuk berdiet. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kalau nak berdiet, mulakan saja dari sekarang. Tak perlu beri alasan untuk berdiet pada hari Isnin minggu hadapan pula.

Alasannya mungkin boleh dikaitkan dengan kajian yang dilakukan oleh Brian Wansink, yang juga penulis buku berjudul Mindless Eating. Menurutnya, sebanyak 46 peratus dari orang yang memulakan diet pada hari Isnin, maka sebanyak 31 peratus daripada jumlah itu akan gagal dalam diet mereka pada hari Selasa berikutnya.

Tentukan skala diet
Bila berdiet, pastinya anda akan berasa lapar. Tetapi jika seterusnya anda berasa perut kejang, dan mudah marah, berhati-hatilah kerana ia petanda diet yang anda amalkan menemui kegagalan.
Gejala-gejala tersebut sebenarnya antara tanda bahawa diet anda tidak berhasil jika anda terus-terusan berasa sukar untuk mempertahankannya. Ini kerana, cara anda makan untuk berdiet dan menurunkan berat badan akan menjadi amalan anda sepanjang hayat.

“Ukur kesukaran diet anda dalam skala 1 hingga 10 di mana 10 petanda anda sukar untuk mengawal rasa lapar anda. Jika anda berada di skala 7 atau enam misalnya, anda hanya perlukan usaha berganda, kesedaran dan perancangan yang baik untuk membantu anda mencapai skala yang lebih rendah. Jika anda berada di tahap 9 atau 10, sebaiknya, cuba cari alternatif untuk berdiet,” demikian menurut seorang pengkaji.

Jangan jauhi piza
Cara terbaik untuk mengawal keinginan untuk makan berlebihan adalah dengan tidak terlalu tegas dengan diri anda sendiri, terutama pada makanan kesukaan anda seperti nasi lemak atau aiskrim kegemaran.
Peluang yang anda beri untuk diri anda menikmati makanan tersebut sebenarnya dapat membantu anda mengurangkan keinginan makan berlebihan. Hari ini anda beri izin pada diri anda untuk makan secawan kecil aiskrim, atau dua potong piza. Esok lusa, agak terlambat bila anda mahu beri kesempatan pada diri anda menikmati hidangan tersebut apabila dijemput ke majlis makan-makan.

Momokan diet masa lalu
Memang mudah untuk rasa bersalah dan malu akibat strategi diet anda yang tidak berhasil. Rahsia kejayaan diet pada hari ini adalah dengan mengabaikan diet anda di masa lalu. Caranya, belajar makan secara sihat.
Makanan tidak bersalah. Tak pernah bersuara untuk anda menjamahnya. Jika anda fikir dengan mendalam bagaimana anda makan, pasti anda akan sedar bahawa sebahagian besar makanan dan snek yang dimakan dengan rasa bersalah akan lebih cepat ke mulut anda.
Mulakan rejim diet yang lebih menyihatkan untuk anda.

Ikuti tip berguna dengan baik, dan jadikan ia amalan anda seperti makan hanya di meja makan, gunakan pinggan yang lebih kecil untuk memberi ilusi bahawa anda telah makan lebih banyak dan sebagainya.

19 Responses so far.

  1. agak sukar gak diet ni
    smpi skrg kte cbe berdiet
    tp ssh siktla nak dpt ape
    yg diimpikan tu huhu

  2. saye suke timbang berat.but lepas tgk penimbang mst kecewa.

  3. Cik Fia says:

    sy suka timbang. kat umah ada 2 penimbang

  4. Puanbee2 says:

    bagus ni tips ..hee

  5. lebih baik fokus untuk kurangkan ukur lilit badan drpd timbang berat.. :-)

  6. Rama2Ungu says:

    btol tu..sokong..jgn paksa diri berlapar semata2 nak cpt kurus.. nonsense. biarlah kurus dng cara sihat..jgn terlalu paksa diri akibatnya jangka masa panjang baru nmpak..bt slow n steady jek..

  7. NzA says:

    hari2 timbang berat badan cz penimbang kt dpn pintu rumah...hi...

  8. top malas nak diet2 lagi.. xkurus2 pon.. hahaha

  9. akak skrg ni dlm proses diet..memang berkesan jika makan dlm kuantiti yg sedikit..dan bukannya tinggalkan terus mknan kegemaran.diet utk sihat..bukan utk kurus ramping..heee...satu lagi..bykkan minum air...

  10. bunggsu says:

    wech,,mo boro2 diet,, nih ja blm diet dah kerempeng..hehehe

    thank's2 tips nya...

  11. Cikidong says:

    tak takut langsung nak menimbang... tapi cemana nk tambah berat?

  12. Untungla org yg dh mmg jenis susah naik berat badan cam apak n bunggsu.. Mcm mama pipie tergolong dlm jenis yg susah nak turun. Kalau dh elok turun tp susah plak nk menten huhuu

  13. ♥Ann♥ says:

    timbang is my best enemy heheh ❤

  14. zih@n says:

    dh lama xtimbang..xtau berat brapa..tp kalau dh ada yg tegur makin berisi, tu tndanya wajib diet kot..hehehe

  15. kalau betul2 nk kurus, try baca blog neh

    www.sususejat.com

  16. Wanzi says:

    terima kasih kongsi info... lepas ni kena diet dah

  17. YaYaNsMuM says:

    Diet untuk sihat...bukan diet utk ramping ala2 model, hehehe...

  18. paling best jgn jauhi pizza.. coz i cnt live without pizza...wahahah

  19. memang selalu timbang sebab nak maintain.. bila lari sikit kena adjust balik.

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 339999 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors