Thursday, April 21, 2011

Kuku - Petunjuk yang tidak boleh dipandang remeh

KUKU JARI DAN KUKU KAKI MELINDUNGI TISU-TISU PADA JARI TANGAN DAN JARI KAKI. KUKU INI DIHASILKAN DARIPADA LAPISAN-LAPISAN PROTEN KERAS YANG DIKENALI SEBAGAI KERATIN. KERATIN JUGA TURUT TERDAPAT PADA RAMBUT DAN KULIT. KESIHATAN KUKU BOLEH MENJADI PETUNJUK KEPADA KESIHATAN TUBUH SECARA KESELURUHAN. IA BOLEH MENJADI `CERMIN AJAIB’ UNTUK PETUNJUK KESIHATAN DIRI ANDA. KUKU YANG SIHAT SELALUNYA LICIN DAN KONSISTEN WARNANYA. SEBARANG JENIS PERUBAHAN WARNA YANG SPESIFIK DAN PERUBAHAN DALAM KADAR PERTUMBUHAN KUKU BOLEH MENANDAKAN PELBAGAI MASALAH KESIHATAN.

Jika anda perhatikan kuku, sudah pasti anda akan perasan perbezaan tidak ketara dalam bentuk atau warnanya. Kecelaan ini mungkin bukan perkara yang merisaukan, tetapi elok jugalah anda mengambil berat kerana ia berkemungkinan memberi petunjuk kepada kesihatan diri secara keseluruhannya.

Berikut adalah 10 tanda-tanda pada kuku yang berkemungkinan menunjukkan masalah kesihatan yang serius.

1 Kuku berwarna putih: Penyakit hati seperti hepatitis.
2 Kuku kekuningan, tebal dan tumbuh dengan perlahan: Penyakit paru-paru seperti emfisema.
3 Kuku kekuningan dengan sedikit merah pada dasarnya : Diabetes.
4 Kuku berwarna separuh putih dan separuh merah jambu : Penyakit buah pinggang.
5 Dasar kuku (nail beds) berwarna merah: Penyakit jantung.
6 Dasar kuku pucat atau berwarna putih: Anemia.
7 Permukaan kuku berlekuk: Psoriasis atau keradangan arthritis.
8 Clubbing – penebalan tisu-tisu pada dasar kuku: Penyakit paru-paru.

9 Garisan merah tidak sekata pada dasar lipatan kuku (nail fold): Lupus atau penyakit tisu penyambung.


10 Garisan hitam di bawah kuku : Melanoma.


17 Responses so far.

  1. oooo dgn kuku pon leh tgk penyakit kan.hmm gud2.

  2. ieda says:

    uish kuku lekuk tengah tuu x pernah nampak lah dik ...

  3. Puanbee2 says:

    hurm tk de pulak apa2 yg sama dgn senarai dia atas

  4. tq for this info! ;) penat dah dok tgk kuku nih..

  5. hmmm baru tahu..terima kasih sudi kongsi... =)

  6. hurm ada plak tanda penyakit dikuku ya.....takot....

  7. Dinar says:

    Baca sambil check kuku sendiri...tima kasih kongsi info.

  8. Rozita says:

    sangat2 bagus info ko ni...

  9. wah info menarik mama.. bru tau ni...:)

  10. sebenarnye kalau u ol rajin cuba google satu persatu tanda2 tu, mmg ngeri la tgk kemungkinan sakit nyer.. semoga kita sema sihat2 belaka. aminn

  11. info yg berguna ni.tq ye mama, takut lak nak tengok kuku sendiri. hrp tak ada apa2 masalah...

  12. Cute MuM says:

    oo. baru tahu..
    tq for the info..

  13. nuriz says:

    nak kena check kuku ni

  14. hopefully kita semua mempunyai kuku yg sihat. aminn

  15. Info amat berguna. even dekat hospital pun, sesetengah doctor akan tgk kuku patient nak tgk cukup zat tak..hehe

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 339999 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors