Saturday, March 12, 2011

Lebih 1,000 mati gempa bumi, tsunami Jepun



Gambar tsunami jepun ni amik dr google eh..
Tsunami Japan

TERKINI @ 08:55:02 AM 12-03-2011March 12, 2011

TOKYO, 12 Mac — Angka kematian akibat gempa bumi di Jepun petang semalam dan kejadian tsunami yang menyusul telah melebihi 1,000 orang, demikian menurut laporan Kyodo hari ini.

Kementerian Pertahanan berkata sebanyak 1,800 rumah turut musnah di kawasan Fukushima.

Gempa bumi yang melanda di luar kawasan pesisir, terjadi 2.46 petang semalam (waktu Jepun) adalah yang terburuk di negara itu sejak 1800-an.

Ada laporan yang menyebut gempa bumi semalam 1,800 kali lebih kuat berbanding yang memusnahkan Christchurch, New Zealand dua minggu lalu.

Gempa bumi semalam juga menggegarkan berpuluh-puluh bandar dan kawasan perkampungan sepanjang pantai sejauh 2,100 kilometer dan menjejaskan bangunan-bangunan tinggi di ibu negara Jepun.

“Saya ingat saya akan mati,” kata pekerja pemasaran di sini Koto Fujikawa, 28.

“Saya dapat merasakan seolah-olah keseluruhan struktur runtuh,” katanya.

Di salah satu kawasan penempatan yang dilanda teruk, penduduk tertimbus di bawah runtuhan dan ada kedengaran jeritan “tolong” dan “bila kami akan diselamatkan,” lapor Kyodo lagi.

Kerajaan memberi amaran kebocoran radiasi pada skala kecil ekoran kegagalan sistem pendinginan.

Sementara Jepun masuk hari kedua selepas tragedi semalam, ia menerima tawaran operasi mencari dan menyelamat daripada 45 negara.

Menurut laporan agensi berita Jiji, di bandar timur laut Jepun, Kesennuma yang mempunyai 74,000 penduduk, berhadapan dengan kebakaran dan dua pertiga kawasannya dinaiki air.

Lapangan terbang bandar raya Sendai, kawasan bagi sejuta penduduk, juga berhadapan dengan kebakaran.

Media-media tempatan juga melaporkan kadar kematian akan melebihi 1,000 orang yang kebanyakannya mati kerana lemas. — Reuters

ni aku amik dari web http://www.themalaysianinsider.com. Semalam tgk cnn n bbc semuanya tunjuk gambar tsunami kat jepun.. mmg dahsyat. tak dapat nak bayangkan kalau aku ada kat tempat tu.. kesian pada org2 jepun yg ramai kehilangan tempat tinggal etc.

amaran utk penduduk labuan telah dikeluarkan dan diminta diorang berjaga2. hopefully tak seteruk yg diduga la. cam hawaii kan .. tsunami yg melanda hawaii cuma lebih kurang 2 meter ajer.. kalau ikutkan prediction teruk dari tu..

9 Responses so far.

  1. NzA says:

    mmg dasyat...tgk gak kt TV mlm td.

  2. dasat..sampai 130++ org mati..negara jepun tu dh la pulau je..

  3. Bumi tengah mengganas.

  4. Jefry says:

    gila ar jepun nie... tusnami pon asal daripada perkataan jepun gak..

  5. leekonyou says:

    DOA PECAH PEROT N.AJIS BERTUKAR JADI pecah perot BUMI dijepon lak memae CELAKO CELAKO CELAKO..memae meyedihkan dan tsunami KEKALAHAN demi kekalahan MELANDA PAS SAMPAILAH DI PRU13 KELAK INSYALLAH.

  6. jom ke blog Ash.ade surprise utk anda ! ^_^

  7. Keyyah says:

    teruk sangat tsunami kat japan ni.. ditambah dgn penduduk yg padat dan berpulau-pulau...

  8. mmg gerun kan. semoga kita semua dilindungi dari kemurkaan allah

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 339999 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors