Kenali punca kelahiran bayi pra matang


Sekadar share apa yg aku dapat ni.. jom baca sama2..
Small Baby
gambar ihsan google

Kelahiran pra-matang ialah kelahiran yang berlaku sebelum kandungan berusia 37 minggu. Ia boleh berlaku secara spontan atau kerana di ‘induced’ disebabkan oleh komplikasi kehamilan. Jom kenali perkara berkaitan bayi pramatang:

Sebab-Sebab Kelahiran Pra-Matang

o Uri yang tidak normal
o Masalah pangkal rahim yang longgar
o Jangkitan kuman pada sistem peranakan
o Masalah perubatan pada ibu seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.
o Masalah pada bayi dalam kandungan

Faktor-faktor penyebab:

Terdapat banyak faktor boleh menjurus kepada kelahiran pra-matang. Sesetengah dapat diatasi oleh anda sendiri seperti:
o Merokok, minum alkohol
o Menagih dadah
o Badan terlalu kurus
o Kekurangan zat makanan yang keterlaluan
o Hormon tidak seimbang
o Pangkal rahim yang longgar( cervicle incompetence)
o Rahim terlalu sensitif
o Uri berkedudukan bawah (Placenta Praevia)
o Masalah perubatan seperti darah tinggi, sakit jantung, kencing manis dan sebagainya
o Tekanan emosi yang keterlaluan

Isyarat bayi pra matang:

o Keluar cecair dari faraj terutama bila ia secara tiba-tiba dan banyak.
o Pendarahan kecil atau keluar darah bercampur lendir dari faraj.
o Sakit perut seperti senggugut atau mengalami 5 kontraksi dalam masa satu jam.
o Rasa tekanan dan berat pada pelvis.
o Sakit belakang
o Bengkak pada muka dan mata
o Pedih semasa kencing
o Muntah

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

8 Comments

Words of wisdom

  1. takde ape yg baik bila masuk bab rokok.huh!

    ReplyDelete
  2. Iffah ni baby pramatang la..Iffah dok dlm perut ummi 36 minggu jek..nak baca kisah iffah jom la datang ke blog iffah..

    http://iffah2010.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. mintak dijauhkan semua benda ni..

    "anak mama nnt lahir cukup2 bulan ye syg"

    ReplyDelete
  4. Ergghh...komen yg pertama tu membuatkan gua rasa senakkk....

    ReplyDelete
  5. akak ada pengalaman cz angah anak pra-matang ttp alhamdulillah bila dh besar dia sihat n jrg sakit juga miliki otak yg pintar....

    ReplyDelete
  6. Haha komen pertama amat membina. Mmg betul pon.. Anak2 yg pramatang ni mmg perlu special care kan.. Insya allah diorg membesar dgn normal

    ReplyDelete
  7. salam..my baby anak pramatang gak..Alhamdulillah..skg dh 9 bln.. membesar mcm baby normal gak..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post