Update mak

first of all, aku nak minta maaf kpd geng2 blogwalking sebab aku agak slow skrg ni. pertama aku sibuk dgn mcm2 projek kt opis.. kedua, kepala otak sgt berserabut memikirkan mak aku yg sakit tu huhuu..

Last week aku balik kg 4 hari. Dpt le jaga mak aku sekejap. Keadaan dia membuatkan aku terkejut. Sebab dia sgt lemah. Hampir seharian dia tidur. Makan pun tanak. makan pn sambil baring ajer.. Syafi sambil sound nenek dia suruh makan duduk hehe.. Ya allah risaunye aku. 

Hari jumaat pagi aku bawak dia jmpa doktor. Doc pn risau. Doc kata maybe dia kurang darah dan sgt2 stress.. Rupanya mak menghadapi masalah kemurungan. Kesian mak. Doktor bg ubat tambah darah dan minta aku bawak mak pergi hospital sebab wlaupun luka mak hampir 50% kering, tapi ada bahagian yg putih tu nampak cam touble. doc kata kena bawak hospital supaya doc boleh buang. 

memandangkan mak dah merayu2 tanak masuk wad, aku terpaksa biarkan dia cuba ubat kencing manis yg disediakan oleh hj hussein di bukit pasir, muar. skrg ni dah 7 hari dia cuba ubat tu. ikutkan ubat tu boleh kawal kencing manis dgn darah tinggi. pastu hj hussein ada kasi minyak utk luka mak.. 

selepas 7 hari, air2 yg keluar dari "slough" (yg warna putih tu) dah berkurangan tp aku tgk slough dia nampak cam besar sedikit dr sebelum ni.  aku nk bawak dia gi masuk wad tp dia tanak. huhuuu tak tau apa nk buat ni.. harap u ol semua doakanlah mak aku cepat sembuh :(

berita baik ialah mak aku dah "bangkit" nk melawan sakit dia . dia kata kat aku "mak nk sihat ni.." alhamdulillah selera dah ok cuma level gula dia agak tinggi laa.. semalam 12 you (normal 6) huhu.. camne eh nk pujuk mak ni gi hospital. kalau u ol ada cadangan rawatan yg berkesan utk luka slough tu bgtau la aku ye.. thanks in advance..

sori, gambar kaki mak aku tu aku tak tepek sini kerana ianya sgt ngeri :(

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

12 Comments

Words of wisdom

  1. cuba belikan ubat gamat healin khas untuk orang yang ada penyakit kencing manis...InsyaAllah cepat luka dia kering dan baik...bagi makan ubat tue jer...sebab emak mertua Shiela dah pernah cuba makan masa kaki dia bocor kena gigit ngan kucing...bisa dia kata...tapi lepas husband bagi makan ubat tue luka ngan bisa hilang...cubalah...shiela doakan emak mama cepat sembuh. InsyaAllah juga takyah masuk wad kalau makan ubat tu. AMIN.

    ReplyDelete
  2. yup betul. try gamat healin. mmg bagus

    ReplyDelete
  3. moga mama cepat semboh..
    moga dipermudahkan urusanmu..
    berdoalah moga Allah memudahkan segala kerja2 kita .ameen

    ReplyDelete
  4. semoga mak cepat2 sembuh .. doakan buat dia .. insyaallahh :)

    ReplyDelete
  5. bersabar yer...semoga cepat sembuh..insyallah...pantang kan makan yer...

    ReplyDelete
  6. takut melihat bila dipotong..hampir kehilangan nyawa ahli keluaraga bila mana kaki salah satu ahli keluaraku dipotong..jantung sidia terhenti 2 min sewaktu operate..namun akhirnya selamat hidup...jauhla kencing maniss

    ReplyDelete
  7. semoga mak akak cpt smbuh yer... aD doakan moga baik cm dlu...
    org tua kak mmg xleh nk pksa2... slh ckp skit makan hati.. tmbh murung nnti.. akak ckp elok2lah.. pujuk perlahan2.. insyaAllah terbuka hatinya tu nnti...:)

    ReplyDelete
  8. salam adda..jgn lupa doa pd Allah minta supaya hati mak terbuka nak berubat kat hospital..insyaallah

    ReplyDelete
  9. take good care of ur mom.....kawalkan gula dia...insya allah!

    ReplyDelete
  10. mcm mana keadaan mak sekarang.... dh ok? maya ada satu product yg boleh merawat kencing manis.... namanya krim bio-ever... cuma sapu di area bawah dada dan di atas perut... INSYALLAH... untuk lukanya...sapu di sekeliling luka tu... nk tau kelebihan krim ajaib ini layari maya punya blog http://murhaya.blogspot.com/ testimoni kencing manis pun ada... cubalah...kita usaha dgn Izin Allah...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post