Friday, December 24, 2010

Kisah Teladan: Kurniaan-Nya Amat Luas

KISAH mengenai Ibrahim Adham. Suatu hari, dia sedang berburu dan apabila dia penat dia duduk sambil memotong roti yang dibawanya. Tiba-tiba hinggap seekor burung sebesar burung gagak di depannya mematuk roti yang dipotong dan membawa terbang. Ibrahim berasa hairan dengan kejadian itu dan serta-merta mengikut burung itu sehingga ke sebuah lereng gunung. Ibrahim melihat seorang lelaki dalam keadaan terikat kaki dan tangan.

Setelah ikatan itu dilepaskan, dia menceritakan kejadian yang menimpanya.
‘’Saya adalah pedagang yang dirompak oleh sekumpulan penyamun dan diikat selama tujuh hari, maka burung itu datang kepada saya membawa roti setiap hari. Dengan demikian tahulah bahawa Allah SWT tidak akan meninggalkan hamba-Nya kelaparan’’, katanya. Setelah kejadian itu, Ibrahim terus bertaubat dan menyerahkan segala hak miliknya ke jalan Allah SWT dan menuju ke Mekah tanpa membawa bekal sedikit pun, tetapi dia tidak berasa lapar dalam perjalanan hingga masuk ke Kota Mekah dan bersyukur kepada ALLAH SWT.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan dikurang harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya”. - Riwayat Muslim.

“Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Dia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata”. (surah As-syura ayat 27).

One Response so far.

  1. kan..tak luak pun kalau sedekah..same2 kita amalkan :)

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 339999 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors