Tuesday, December 28, 2010

Kisah teladan: Kisah Seekor Ulat Dengan Nabi Daud

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud a.s sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab Az-Zabur, tiba-tiba dia terpandang akan seekor ulat merah pada debu. Lalu Nabi Daud a.s berkata kepada dirinya, “Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?”

Selepas berkata demikian, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu berkata kepada Nabi Daud a.s. “Wahai Nabi Allah! Allah SWT telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca ‘Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu akbar’ setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca ‘Allahumma solli a’la Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi ummiyyi wa a’la alihi wa sohbihi wa sallim’ setiap malam sebanyak
1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud a.s. “Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah daripadamu?” Akhirnya Nabi Daud a.s menyedari akan kesilapan kerana memandang remeh akan ulat tersebut dan dia sangat takut kepada Allah SWT. Maka Nabi Daud a.s pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah SWT.

6 Responses so far.

  1. subhanallah~ terasa rendah diri ini. hina di sisi-Nya.. T__T

  2. CaDLyNN says:

    subhanAllah...elok kite amalkan zikir ni setiap hari semoga hidup kite lebih diberkati..

  3. nza says:

    Binatang pn sntiasa sujud pd Allah...inikn kita manusia yg sntiasa leka....

  4. adda says:

    tu la kan.. bila baca ni terasa insaf. binatang yg kita nampak selalu tu tah2 tgh berzikir. jgn lah pandang rendah dgn diorang tu kan

  5. ieda says:

    allahuakbar .. teladan nie ..

  6. semua ciptaan Allah ada tujuan yang tersendiri

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Click me

Top Commentor

Make your own

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 160,006 & 160,066 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi slot ad free dari mama pipie :)

About Me

My Photo
Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

Click me