Wednesday, January 26, 2011

Kesihatan Menurut Islam

ISLAM satu agama yg merangkumi semua aspek kehidupan. Ini termasuk penjagaan dari sudut kesihatan yang mana islam amat menitikberatkan kesejahteraan tubuh badan sebagaimana islam menjaga jiwa dan akal. Justeru itu kita amat dituntut supaya menjaga kesihatan kerana “sihat” merupakan anugerah berharga dari Allah.

Sabda Nabi SAW : “Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab utk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.” (hr Bukhari).

Sabda Nabi SAW lagi: Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah (hr Muslim)

Agama Islam juga meletakkan kesihatan dan kesejahteraan ditempat yang pertama selepas keyakinan (keimanan). Ini berdasarkan sabda Nabi SAW: “Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman). (hr Ibnu Majah).

Perlu juga diingatkan disamping kita menjaga anugerah kesihatan yang diberikanNya kadangkala kita diuji dengan sedikit kesakitan. Nabi SAW telah mewasiatkan kepada pesakit - pesakit supaya mereka berubat sabda nabi SAW: “Allah tidak menurunkan suatu penyakit itu kecuali diturunkan bersamanya ubat.” (hr Bukhari).
Dalam satu peristiwa, orang arab badwi telah datang kepada baginda dan mereka bertanya: Ya Rasulullah adakah kami perlu berubat? Maka sabda nabi : ya, wahai hamba Allah hendaklah kamu berubat sesungguhnya Allah tidak meletakkan suatu penyakit itu kecuali diletakkan bersamanya ubat kecuali satu penyakit sahaja. maka mereka bertanya, apakah penyakit itu? Sabda nabi: penyakit itu ialah ‘tua’ (hr Ahmad).

Dua hadis diatas menggesa supaya ahli perubatan mengkaji tentang penawar dan ubat bagi penyakit yang belum ditemui lagi. Diantara perkara yg menunjukkan Islam menggalakkan penganutnya menjaga kesehatan adalah Nabi SAW telah menyenaraikan beberapa jenis ubat yang boleh digunakan seperti madu, berbekam, jampi dan tumbuhan herba. Perubatan perlu dirujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang ini( perubatan ) berdasarkan sabda Nabi SAW: 
“Jika sesuatu urusan itu berkait dengan hal-hal keduniaan maka kamulah yang mengaturnya dan jika ianya berkait dengan hal- hal keagamaan maka rujuklah kepadaku (hr Ahmad dan Muslim)

8 Responses so far.

  1. penyakit tua?ade ubat ke?...
    amalkan madu...insyaallah...

  2. adda says:

    penyakit tua mmg takde ubatbye.. mmg takleh lari dah. madu mmg elok diamalkan kan.. tp kena pandai pilih madu yg tak de campur gula (madu asli)

  3. ingat 5 perkara sblm 5 perkara
    sihat sblm sakit....

  4. freeman says:

    amalan dan sunnah nabi kita..
    "makan ketika lapar berhenti sebelum kenyang" banyak khasiatnya.. salah satunya menggelakkan penyakit diabetes

    dengan makan berlebihan kita akan memaksa pankreas bekerja keras sentiasa untuk mengeluarkan insulin.. lambat laun dgn peningkatan umur ia akan rosak dan penyakit diabetes mulalah datang

    ia juga amaalan terbaik untuk pesakit diabetes

  5. hargailah kesihatan anda;)

  6. penyakit kanser +Aids yg masih belum ditemui penawarnya kan..
    tua tu perjalanan hidup manusia

    nak mintak tlg vote kalau sudi. tq in advance yer
    tlg vote utk MZ!

  7. syukur krn dikurniakan kesihatan yg baik utk trus beribadah...

    latest en3: ~ 10 saat saja ~

  8. adda says:

    semoga kita terus mendapat nikmat kesihatan agar kita dpt beribadah dgn lebih selesa. namun begitu, jika allah memberikan kita kesakitan, maka terimalah dgn redha kerana allah akan berikan ganjaran atas kesabaran kita menghadapi kesakitan itu, insya allah..

    freeman, terima kasih atas tips tu. mmg esp diabetes kena jaga makan kan

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 339999 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors