Penyakit Cakaran Kucing

 gambar amik dr google. kiut yg amat. 

Sebelum ni penah aku bgtau yg ada sorang budak opis aku ni sampai koma. n sampai skrg tak keje2 lagi disebabkan virus kucing. dengar citer otak dia ada gangguan sampai ilang ingatan tau.. tp aku tak tau la kaitan virus kucing dan bakteria dari kucing ni sama ke idak. maybe berlainan kut. meh la kita baca sama2..

Apa yang dimaksudkan dengan penyakit cakaran kucing, dan bagaimana ianya berjangkit?

Penyakit Cakar Kucing ialah satu jangkitan disebabkan oleh sejenis bakteria (kuman) yang terdapat didalam air liur kucing. Bakteria ini dipanggil Bartonella Henselae dan boleh disebarkan dari seekor kucing kepada  seorang manusia yang sihat. Doktor dan para penyelidik  percaya bahawa kucing  mungkin mendapat bakteria itu dari kutu.

Seseorang itu boleh mendapat penyakit akibat cakaran kucing apabila dia digigit atau dicakar oleh seekor kucing. Penyakit ini terjadi sekiranya kucing yang menggigit atau mencakar itu mempunyai  kuman pada kukunya. (Kucing  boleh mendapat bakteria apabila ia menjilat kukunya  sendiri.)

Dengan hanya satu gigitan atau cakaran daripada kucing, kucing boleh memindahkan  bakteria kepada anda melalui air liurnya. Anda juga boleh dijangkiti bakteria pada mata sekiranya anda mencium seekor kucing yang mempunyai bakteria pada bulunya dan kemudian menggosok mata anda. Ramai orang yang mendapat jangkitan ini tidak pasti samaada mereka pernah digigit atau dicakar oleh seekor kucing.

Penyakit Cakaran Kucing bukanlah  satu penyakit yang teruk kepada orang yang sihat tubuh badannya. Tetapi ia boleh jadi satu masalah kepada mereka yang mempunyai sistem-sistem ketahanan badan yang lemah. Ini termasuk pesakit yang menerima rawatan Kemoterapi untuk kanser, mereka yang mempunyai kencing manis serta mereka yang mempunyai penyakit AIDS. Penyakit cakaran kucing ini juga di panggil demam cakaran kucing.

Apakah Gejala-Gejala Penyakit Cakaran Kucing?

Satu gelembung atau lecur akan kelihatan  pada bahagian yang terkena gigitan atau cakaran. Gelembung dan lecur ini  akan mengambil masa selama 3 hingga 10 hari untuk kelihatan selepas digigit atau dicakar oleh seekor kucing dan ianya memerlukan masa yang panjang untuk sembuh.

Satu jangkitan pada Kelenjar Limfa juga bolah terjadi, kelenjar-kelenjar  paling hampir dengan kesan gigitan dan cakaran juga akan terjejas. Misalnya, jika jangkitan ialah dari cakaran kucing pada lengan anda, kelenjar-kelenjar dalam lengan anda mungkin menjadi kembang dan membengkak serta anda boleh mendapat demam.

Bagaimanakah Penyakit ini Didiagnosis?

jika anda mendapati diri  anda telah digigit atau dicakar oleh seekor kucing, doktor mungkin akan dapat mengenalpasti penyakit berkenaan  berdasarkan fakta itu.  Kemudiannya anda akan jatuh sakit seperti kelenjar-kelenjar di kawasan gigitan atau cakaran mulai sakit, kelenjar limfa juga akan turut bengkak. apabila diagnosis tidak jelas, satu ujian darah mungkin membantu doktor anda membuat diagnosis.

Bagaimanakah Penyakit Cakaran Kucing Dirawat?

Kebanyakan pesakit yang terkena penyakit ini sembuh tanpa rawatan. Selalunya, pesakit hanya perlu mengambil ‘pain killer’ seperti Aspirin dan sebagainya untuk membantu melegakan kesakitan dan ketidakselesaan.

Bagaimanapun, antibiotik mungkin diperlukan sekiranya kelenjar limfa menjadi sakit dan membengkak untuk jangka masa lebih dari 2 hingga 3 bulan . Pengambilan Antibiotik mungkin dapat membantu sekiranya pesakit mendapat demam dan terkena jangkitan pada tulang, hati dan organ-organ yang lain.

Bolehkah penyakit cakar kucing jadi dicegah?

Elakkan diri dari berhubung  dengan kucing adalah  cara paling mudah untuk mencegah penyakit berkenaan. Walaubagaimanapun anda tidak perlu untuk terus menghapuskan kucing-kucing anda. Sebaliknya anda perlu  cuba mengelakkan sebarang keadaan di mana anda mungkin digigit atau dicakar oleh kucing. Seterusnya  Jangan  membangkitkan kemarahan seekor kucing. Kebanyakan kes digigit dan dicakar kucing adalah disebabkan berlaku provokasi terlebih dahulu terhadap kucing. Anda juga perlu membasuh tangan  dengan bersih dan betul  selepas mengendalikan kucing  dan ia merupakan satu cara yang paling baik untuk menghalang sebarang jangkitan berkaitan kucing.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

12 Comments

Words of wisdom

  1. salam...

    saya pun ada kenangan pahit dengan kucing... masa saya pregnant saya dijangkiti kuman daripada kucing ni... so, akibatnya saya lahirkan anak yang tak sihat... anak istimewa. kesian anak saya yang tak bersalah... tapi bukan dari cakaran kucing tapi ni daripada kuman toxoplasma.

    ReplyDelete
  2. hmmm.dulu kan saya main cium peluk kucing-kucing saya.kucing kampung je.i mean siang bole duk rumah tapi malam kena tido luar.Alhamdulillah tak de pape penyakit.tapi nape sekarang binatang yang Rasullullah suka pun pembawa penyakit?dunia akhir zaman kan.hmm.

    ReplyDelete
  3. ye ke? bru ku thuwlupn dh berblas thn bela kucing :))
    stakat ni alhamdulillah xde jngkitan lg wlu ari2 men dgn kucing,kna ggit ckar 2 mmg wajib dh stiap kli balik kmpung..huhu

    ReplyDelete
  4. dari dulu pon saya suka main kucin. mmg macm2 dah kena.. kena cakar, kena geget bagai. tp alhamdulillah.. nasib2 la sapa yg penah kena jangkita kuman or bakteria kucing ni. menda tu kite tak nampak kan. just berhati2 je laa..

    nanie, harap awak bersabar dgn ujian allah tu. maybe ada hikmahnye. kena terima dgn hati terbuka. semoga anak nanie akan membesar dgn baik dan boleh jaga diri sendiri

    ReplyDelete
  5. hah? ye ke..ishh.takot plak nak pegang kucing lps bace ni...hurm..

    ReplyDelete
  6. org pregnant mmg dinasihatkn jauhi kucing....

    ReplyDelete
  7. elok jugak kite share info kt sini kan. at least org lain boleh tau. kalau ada baby kt umah pon kalau boleh jauhkan dr kucing

    ReplyDelete
  8. sy bela kucing gak..alhamdulillah xde pape jadik..

    ReplyDelete
  9. info yg bagus...nanti nak amek leh. nak kongsi dgn kawan² lain. buat nanie..bersabar yew..ini ujian dari ALLAH. pasti ada hikmahnya.

    p/s: sis kalau blh kina amek. bg tahu kat chatbox kina yew..

    ReplyDelete
  10. hee,..salam..nak share link blog ni er..boleh x?mtx izin ni..sgt berminat dgn info ni:)

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post