Khasiat taugeh


dapat ni dari email. rasanya boleh dipercayai. jom ar kita mkn taugeh ramai2. dah le murah, berkhasiat pula..
 









Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.

Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

22 Comments

Words of wisdom

  1. Waaaa.baru saya tahu sis.Thanks sharing.hehe

    ReplyDelete
  2. salam kenal tuan rmh.

    kami anak beranak mmg suka
    makan taugeh...
    sonang dimsk dan murah pula

    maceh dtg blog kita...

    kita follow u lah ^_^

    ReplyDelete
  3. salam tuan umah..taugeh memang berkhasiat.lagi best untuk org darah tinggi.tapi org yg ada tekanan darah rendah kurngkan mkn taugeh krn tekanan darah mangkin turun..anyway..info pemakanan ini sangat baik untuk kita mengetahuinya

    ReplyDelete
  4. waaa.. tougeh tak pandai makan lerr.. ruginya tinie

    ReplyDelete
  5. fiqah suker taugeh...(^_^) thanx ehh utk info nie...

    ReplyDelete
  6. dulu mak saye selalu masak taugeh goreng......tp skang jrg2...

    ReplyDelete
  7. memang pun dikk berkhasiat .. betul semua heheheh

    tapi anak2 akak x suke taugeh .. kalau buat mereka pakat tgk jer herghhhhhhhhh geram !

    ReplyDelete
  8. thanx for the info, but dalam jurnal kesihatan yang saya baca, taugeh biasa xde langsung khasiat, yang ada khasiat taugeh kasar dari biji kacang soya tu

    ReplyDelete
  9. wahh..byk special taugeh nie.. nsk kerabu ader taugeh sdp.. yg mth rangup n manis.. thxz sharing info nie..

    ReplyDelete
  10. jom makan taugeh ramai. redzuan, betul ke taugen kacang soya yg betul2 berkhasiat?

    ReplyDelete
  11. siapa kata tauge tak menyelerakan. seri gemar makan sop tauge.

    ReplyDelete
  12. nak kena makan taugeh banyak2la kalau macam ni hehe.. jom komen sini lak hehe

    ReplyDelete
  13. saya suka sangat makan tauge....kalu makan mihun sup tauge la paling banyak sekali saya letak...best...makan mentah2 baut ulam....hehehehe...tapi hari baru tahu tauge memang byk khasitnya...

    ReplyDelete
  14. yeay!!sebaik saya suka togey...hehhehe

    ReplyDelete
  15. salam..

    Info yang bagus walaupun ramai yg anggap togey sayur murahan.

    ReplyDelete
  16. owh..bagus jugak yea toge ni...nasib baik memang minat pun toge ni..tapi Omu penah dengar cerita if toge yang besar2 menarik elok rupanya ia disirami air kencing...huhu...tapi wallahualam..

    ReplyDelete
  17. erm.. slm tuan blog. nak kongsi sketla. pasal toge ni. aritu aku jumpe orang yang keja kat bahagian kajian halal haram ni. die ckp.. hati2 la nk beli toge ni. perhatikan, klo toge tu putih jernih pastu klo dipatahkan mcm rangup. senang citer segarla.

    caranye simpan dlm peti sejuk 2 3 hari, tgok.. bau hancing tak? klo bau hancing.. seelok2nye buangla yer. klo nak mkn gak, boley tp kite mkn toge segar yg berkhasiat setelah direndam air kencing oleh pihak2 yg tidak bertanggungjawab.

    takmau slhkan mane2 pihak.. yg penting kite kena berhati2 dlm soal halal haram ni. ok

    ReplyDelete
  18. thanks ye taufik.. bahaya gak ni.. rasa2 nk wat kajian sendiri kt umah. tadi dah le baru je lepas makan taugeh huhuu..

    kalau nak lebih selamat, buat aje sendiri taugeh kan.. itu mmg kompem berkhasiat

    ReplyDelete
  19. apa yg taufiq ckp mmg sy penah baca gak..tp dh lupa baca kat mn..
    hubby sy xsuka mkn tauge so, jarang le bli..=)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post