Health Info: Sesak Nafas

Health Info: Sesak Nafas






  • Sesak nafas adalah keadaan di mana seseorang itu mengalami kesukaran bernafas atau semput dan biasanya keadaan ini lebih ketara semasa melakukan aktiviti fizikal.
  • Sesak nafas boleh berlaku secara akut dan kronik :
    • Sesak nafas akut adalah gejala datang secara tiba-tiba dan h ila ng dalam jangkamasa beberapa hari setelah rawatan .
    • Sesak nafas kronik adalah keadaan di mana sesak nafas berlaku secara berterusan dalam jangkawaktu yang lama.
  • Sesak nafas adalah gejala yang perlu diberi perhatian kerana ia mungkin memberi petanda seseorang itu mengalami penyakit sistem pernafasan atau sistem kardiovaskular.
  • Penyakit sistem pernafasan yang biasa berlaku sesak nafas adalah asma, jangk ita n paru-paru akut (pneumonia), jangk ita n paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema),  penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease) dan kanser paru-paru.
  • Penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan sesak nafas adalah kegagalan jantung, serangan jantung dan kelainan denyutan jantung (cardiac arrhythmias).
  • Keadaan lain yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sesak nafas adalah kekurangan darah merah (anaemia), alahan , resdung, kegelisahan (Anxiety  Disorders) dan kegemukan.

Gejala / Tanda Sesak Nafas






  • Jika anda mengalami sesak nafas secara tiba-tiba disertai sakit atau ketat dada, kemungkinan anda mengalami serangan jantung, pneumothorax (udara berada antara paru-paru dan dinding dada) atau pulmonary embolism (darah beku dari bahagian kaki telah bergerak ke paru-paru ) .
  • Jika anda mengalami sesak nafas mengikut episod disertai oleh bunyi seperti wisel (wheezing) atau batuk, anda mungkin menghidapi serangan asma atau jangk ita n yang menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit.
  • Jika anda mengalami sesak nafas yang berterusan dan semakin teruk disertai dengan sejarah pendedahan kepada asap rokok, habuk dan semburan bahan kimia anda mungkin menghidapi penyakit saluran pernafasan obstruktif kronik (COPD).
  • Jika anda pernah bekerja di tempat yang mendedahkan anda kepada asbestos, habuk kayu, semburan bahan kimia, anda mungkin menghidapi penyakit paru-paru berka ita n pekerjaan (Occupational Lung Diseases).
  • Jika kaki anda bengkak dan mengalami sesak nafas semasa baring mendatar, anda mungkin mengalami kegagalan jantung (heart failure).
  • Jika anda cepat berasa letih, kelihatan pucat dan sesak nafas terutamanya b ila melakukan aktiviti fizikal, anda mungkin mengalami anaemia.
  • Jika anda bernafas dengan cepat disertai dengan rasa pening atau berasa kebas pada tangan atau sek ita r mulut, anda mungkin mengalami hypervent ila tion (bernafas keterlaluan biasanya disebabkan oleh aktiviti fizikal yang berlebihan dan tekanan emosi).
  • Jika anda sesak nafas disertai demam, batuk atau batuk darah dan keh ila ngan berat badan,anda mungkin menghidapi jangk ita n seperti tibi atau kanser paru-paru atau pulmonary embolism.
  • Jika anda demam, disertai hingus berair dan batuk berkahak anda mungkin mengalami jangk ita n saluran pernafasan (bronchitis) atau jangk ita n paru-paru (pneumonia).

Tindakan Kendiri






  • S ila pergi ke Jabatan kecemasan hosp ita l atau klinik kesihatan dengan  atau hubungi perkhidmatan ambulan dengan serta-merta, sekiranya anda mengalami sesak nafas secara tiba-tiba dan disertai oleh sakit atau ketat dada, serangan asma teruk,  bibir dan jari anda menjadi biru dan rasa seperti hendak pengsan.
  • S ila berjumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami sesak nafas hanya dengan melakukan aktiviti fizikal rIngan, sesak nafas semasa baring dan perlu bersandar dengan beberapa bantal untuk melegakannya, nafas berbunyi, sesak nafas disertai demam dan batuk.
  • Jika anda mengalami sesak nafas yang berterusan kerana menghidapi penyakit paru-paru kronik, anda digalakkan untuk berhenti merokok, lakukan senaman secara berkala mengikut kemampuan fizikal anda, elakkan dari terdedah kepada udara tercemar dan bahan alahan dan berterusan mengambil ubat-ubatan yang dibekal oleh doktor mengikut arahan.

Diagnosa / Rawatan Sesak Nafas

  • Doktor akan menemuduga anda, membuat pemeriksaan fizikal dan melakukan ujian tertentu bagi mengenal pasti penyakit anda.
  • Antara ujian yang mungkin d ila kukan oleh doktor  adalah X-Ray dada, electrocardiogram (ECG), ujian fungsi paru-paru (PEAK FLOW METER / SPIROMETER), pemeriksaan darah dan kahak.
  • Rawatan yang diberi adalah khusus untuk penyakit yang menyebabkan gejala sesak nafas tersebut.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

25 Comments

Words of wisdom

  1. mama kalau time resah ker..gusar ker..mesti rasa dada ni sempit sangat..huhu....tu sesak nafas ke semput.? ke biasa2 ajo...

    http://mamawanie79.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. org2 yg alami simptom nie mmg tau bertapa siksanya..ttp paling kesian kalu kena kt anak2 kecilkn...hu....

    ReplyDelete
  3. salam..
    Owh..saya sakit tekak dan batuk serta demam..sesak nafas bl terlalu byk batuk...emm..x kot..
    thanx 4 sharing..

    ReplyDelete
  4. wanie, rasanye kalau ikut pengalaman biasanye kalau kite gabra atau resah, emosi kita akan pengaruhi degupan jantung kite tu yg rasa cam sesak nafas je tuh

    betul tu kak nza..kesian sgt tgk dada anak turun naik sampai nk kempis2 perut tu masa tarik nafas huhuu

    maisyah, akak pun pernah jadik camtuh.. rasanye sebab kahak byk sgt tu. cuba byk minum air suam campur madu.

    ReplyDelete
  5. bahaya kalau tak dirawat...

    my MIL ada lelah...kalau buat keje byk sket..mula la sesak nafas...

    Recent Post "Cik T Makan T"

    ReplyDelete
  6. kalo tgk keadaan skrg nih..ngn jerebu nih...percent (%) untuk org dapat sesak nafas tinggi..udara kotor..aku skrg ni pun dah start sorethroat...huhuhu...

    ReplyDelete
  7. tkut gk kalo kna sesak napas ni yeh.. huhu.. kat muor jerebu kenmain truk...

    muchas luvas, wawa~* secretwhisper.net

    ReplyDelete
  8. syamilla, kesian kan bila tgk org tua or budak2 kena lelah.. tak sampai hati..

    shila, jaga diri bebaik tau.. mmg tgh musim ni

    wawa, huhuu family ai kt muo tupun tak tau la apa nasib diorg.. semlm call diorang kata ok.. hopefully org muo semua sihat2

    ReplyDelete
  9. kekadang asap rokok lagi teruka kan huhuu

    ReplyDelete
  10. Sesak nafas memang biasanya berasal dari penyakit jantung atau pun dari paru-parunya.
    Diagnosa sakit jantung atau paru berasal setelah kita anamnese (menanyakan sebab awal sakitnya) baru bisa ditegakkan sakit sesak itu berasal dari janyung atau paru.
    Nice info

    ReplyDelete
  11. makasih untuk infonya, sangat bermanfaat buat saya...

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum..
    saya nak tanya sesuatu.
    sebenarnya saya da lama sangat sesak nafas.
    tapi saya tak tahu nak cerita pada siapa.
    pernah beberapa kali saya jumpa doktor dan jawapan yang saya terima hanyalah seperti saya terlalu tension dan tanda2 gastrik.
    masalahnya, saya sering sesak nafas.
    boleh kata tidak kita waktu.
    saya akan sesak nafas kalau saya baring mendatar.
    saya jugak macam sakit bahagian ulu hati dan dada kanan.
    saya tak tahan lagi.
    tiap2 malam bagaikan saya terseksa sebab tidak dapat bernafas dengan baik :'(

    ReplyDelete
  13. thanks ye sudi baca post mama..

    me, myself n i, mama dh reply kat blog awak ye.. kat sini http://mebeingzt.blogspot.com/2012/04/speechless.html#comment-form

    ReplyDelete
  14. saya sedang sesak nafas ni. hari tu jumpa doktor, tapi kerajaan. dia cek cek lepastu bagi ubat tahan bisa. tu je. saya sangat kecewa..

    ReplyDelete
  15. saya sedang sesak nafas ni. hari tu jumpa doktor, tapi kerajaan. dia cek cek lepastu bagi ubat tahan bisa. tu je. saya sangat kecewa..

    ReplyDelete
  16. kesiannyer.. sesak nafas disebab apa ye melissa?

    ReplyDelete
  17. sesak nafas bila g ke bazar ramadhan bulan2 pose nie.maklum la, xthn bau ayam golek...wakakaka~ nice entry mama~

    ReplyDelete
  18. haha mmg ada betulnye buatbest.. makan byk sgt boleh js sesak nafas gak kan

    ReplyDelete
  19. Dear readers, asthma is not a disease, but a symptom of the body is experiencing water deficit. Unintentional prolonged cellular dehydration will cause the body to over-produce histamine (a chemical which the body uses as water regulator)around the lung's alveoli (singular alveolus) - hollow, capillary-lined structures within the lungs that are the site of gas exchange with the blood [the absorption of oxygen (O2) and the loss of carbon dioxide (CO2)]. Each human lung contains about 300 million alveoli.http://www.enchantedlearning.com/subjects/anatomy/lungs/index.shtml
    Anyone who follow closely this water drinking formula can regain normal breathing and prevent further asthma-attack. http://theinnozablog.blogspot.sg/search?q=ASTHMA

    ReplyDelete
  20. thanks ye Its ME for the info.. really informative

    ReplyDelete
  21. FREE DOWNLOAD SEDUCE ME AND OTHER SEX GAMES ADULT 18+ FOR PC FULL VERSION LATEST VERSION COMPRESSED 18+ DOWNLOAD FROM HERE-->>>> www.argames786.blogspot.com

    ReplyDelete

  22. DOWNLOAD IDM LATEST VERSION 6.16 WITH 1 YEAR SERIAL KEY 50% INCREASE IN DOWNLOADING SPEED DOWNLOAD FREE FROM HERE-->>> www.icoregames.blogspot.com

    DOWLOAD WIN 7 AND WIN 8 ACTIVATED SETUPS FULL VERSIONS DOWNLOAD FREE FROM HERE-->>> www.buzzergames.blogspot.com

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  24. Teman tak suka betul asap rokok... Penghisap rokok nie pencemar udara... bukan saja memudaratkan diri sendiri, malah mereka yang berada di sekitar mereka turut terkesan.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post