Thursday, August 12, 2010

Adab-adab Berpuasa

Adab-adab Berpuasa


1. Wajib bagi seorang muslim untuk berpuasa dengan penuh keimanan dan pengabdian hanya kepada ALLAH S.W.T semata-mata, bukan kerana riak atau budaya ikut-ikutan (taqlid). Demikian juga solat sunat pada bulan Ramadan seperti solat tarawih, witir dan sebagainya hendaklah dilakukan dengan penuh keimanan dan kekhusyukan. Ini adalah kerana Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang berpuasa dengan keimanan dan penuh keinsafan, maka akan diampunkan baginya dosa yang telah lalu.” - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

2. Adab terpenting dalam berpuasa adalah membiasakan diri bertakwa kepada ALLAH S.W.T dengan mengerjakan segala perintah dan menjauhi segala larangan-NYA. Sesuai dengan firman ALLAH S.W.T:

“Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.” - Surah al-Baqarah: 183

Sabda Nabi s.a.w:
“Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan dusta, maka ALLAH tidak ter­agak-agak untuk mengabaikan makanan dan minumannya.” - Hadis riwayat Bukhari

3. Menjauhi apa yang diharamkan ALLAH S.W.T seperti bercakap bohong, mencela, mencaci, menipu, khianat, melihat sesuatu yang haram, mendengar muzik yang melalaikan, mendengar umpatan dan lain-lain perbuatan haram yang harus dijauhi oleh orang yang berpuasa.

4. Memperbanyakkan sedekah, amal jariah dan berbuat baik kepada orang lain. Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling dermawan. Baginda menjadi lebih dermawan pada bulan Ramadan tatkala Jibril menemuinya untuk bertadarus al-Quran.

5. Sahur
Sabda Nabi:
“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.” - Hadis riwayat Bukhari

6. Berbuka dengan buah kurma
Disunatkan untuk berbuka dengan buah kurma. Sekiranya tiada, bolehlah digantikan dengan air.
Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas r.a:
“Nabi s.a.w akan berbuka dengan buah kurma basah (ruthob) sebelum menunaikan sembahyang, sekiranya tiada, baginda menggantikannya dengan kurma kering (tamar), sekiranya tiada, baginda akan merasai sedikit air.” - Hadis riwayat Abu Daud, Tarmizi, dan Daruqutni

6 Responses so far.

  1. semoga kita dapat berpuasa dengan sepenuhnya.
    amin..

  2. adda says:

    aminn.. tq ye arief

  3. semoga ibadat puasa kita diberkati...amin

  4. Usop says:

    Salam ramadhan dan selamat berpuasa

  5. May our deeds in Ramadan diterima oleh Allah SWT, insha'Allah.

  6. adda says:

    thanks u ol.. amin ya rabbal alamin

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 339999 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors