Friday, July 9, 2010

Khasiat telur

Jom kita baca ttg kebaikan telur ni. byk baik ke atau byk buruk. aku pn nak tau gak sebab selalu gak kasi syafi makan telur. dia pun suka tau..


1. Baik untuk mata kerana luteinmdan zeaxanthin bantu cegah kemusnahan macular. Kajian juga mendapati mereka yang makan sebiji telur sehari mengurangkan risiko pembentukan katarak.

2. Sebiji telur mengandungi 6 gram protein berkualiti tinggi dengan 9 jenis asid amino.

3. Choline telur bantu menguatkan struktur dan fungsi otak serta keseluruhan sistem saraf. Ia ialah bahan binaan neurotransmitter acetylcholine yang membantu saraf menghantar isyarat kepada organ sistem.

4. Choline merupakan nutrien penting dalam pembentukan  otak janin serta bantu cegah
kecacatan janin. Dua biji telur mengandungi 250 miligram choline yang menyamai separuh keperluan wanita mengandung.

5. Choline membantu membina otot.

6. Lesitin membantu melarutkan kolesterol dalam darah. Ia diambil dalam bentuk suplemen
untuk merendahkan paras kolesterol. Sebuah kajian mendapati pengambilan telur secara terusterusanbantu mencairkan darah.

7 Responses so far.

  1. Zaidah says:

    jangan makan terlalu banyak makan telur...nanti jadik lain plak...hehe

  2. tq 4 sharing!
    my Alya kalo telur rebus suke yg putih aje, yg kuning mommie le maman.. hihihii

  3. ozzy says:

    salam..rasanya info tentang telur patut diubah kerana telur yang dihasilkan sekarang adalah dari daging ayam yang telah dicucuk bukan lagi ayam yang makan bahan organik/semulajadi..

  4. adda says:

    Aleyn, zaidah n leily.. hope this info helps..

    ozzy.. betul jugak kan.. sekarang ni semua menda dah tak natural.. sebab tu la agama kita menggalakkan kesederhanaan.. so, bersederhanalah.. jgn makan byk sgt..

  5. ozzy says:

    persoalannya kenapa keburukan telur tidak didedahkan??kerana info2 ini semua adalah dari copy paste kajian yg telah lama dilakukan dahulu & mungkin tidak relevan lagi dgn telur ayam yg ada dipasaran skrg ini...apakah disebabkan oleh aspek komersial atau kepentingan pada sesetengah pihak..

  6. masakan paling simple tapi sedap adalah telur...saya n ank2 pun suka makn kak

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 339999 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors