Monday, July 5, 2010

Jika terpegang anjing & barangan dari babi, apa yang patut kita buat?

Artikel ini diambil dari blog Ustaz Nor Amin..


Assalamualaikum ustaz,

ada org pernah beritahu sy, kita tak perlu samak tangan apabila pegang anjing, dengan syarat kedua-dua tangan dan anjing itu dalam keadaan kering

Saya terpegang kasut yang diperbuat daripada kulit khinzir, apabila teringat info seperti yang di atas, saya pun tak samak la tangan saya sbb saya yakin tangan dan kasut tersebut kering. Betul tak tindakan saya ni?

 
Jawapannya

Terlebih dahulu saya berikan maksud istinjak sebagai pengetahuan tambahan. Maksud istinjak ialah dalam Bahasa Arab disebut sebagai Dibagh bermaksud pensuci mengikut pandangan Mazhab Syafie.

Mengikut ahli fiqh, samak dan perlaksanaannya dapat dibahagikan kepada samak terhadap kulit binatang iaitu selain binatang yang diharamkan, peralatan dan perkakasan dan terhadap sesuatu yang bersentuhan dengan najis mughallazah. Dari Ibn Mughaffal, ia berkata:
“Rasulullah s.a.w pernah memerintahkan membunuh anjing,kemudian bersabda: “Mengapa mereka mengangap penting anjing-anjing itu?” Kemudian Rasul memberi keringanan dalam hal berkaitan anjing pemburu dan anjing penjaga kambing lalu bersabda : “Apabila ada anjing minum di dalam bekas, basuhlah bekas tersebut tujuh kali dan gosoklah dengan tanah pada basuhan kelapan..”
Cara Samak

Mengikut pendapat Mazhab Syafie wajib dibasuh tempat yang terkena najis Mughallazah sebanyak tujuh kali iaitu satu kali dengan menggunakan tanah (air tanah) dan 6 kali lagi dengan air mutlak (air suci pada dirinya dan dapat menyucikan orang lain). Jika di dapati najis itu tetap ada ain (nampak), baud an rasanya maka ia perlu dibasuh lagi dengan air mutlak sehingga hilang najis tersebut.

Samak menggunakan Sabun Taharah? Mufti Wilayah Persekutuan berpendapat bahawa tidak wajib atau tidak sah menggunakan Sabun Taharah untuk menyamak najis anjing dan babi kerana kandungan tanah di dalamnya adalah sedikit iaitu 5% sahaja. Begitu juga dengan Mufti Negeri Selangor yang berpendapat bahawa tidak sah menggunakan Sabun Taharah semasa samak najis anjing dan babi, kerana samak mestilah dengan menggunakan tanah yang asli.

Kesimpulan dari kedua pendapat di atas ialah tidak sah samak dengan menggunakan barang alternatif lain selain dari tanah, kecuali apabila dalam keadaan darurat sahaja seperti contoh : apabila mengunakan tanah boleh merosakkan barang yang terkena najis anjing dan babi atau boleh mendatangkan kemudharatan kepada orang yang terkena najis anjing dan babi. Maka dari itu dibolehkan menggunakan barang alternatif lain untuk menyamak najis Mughallazah (anjing dan babi).
Barangan Yang Diperbuat daripada Kulit Babi

Wajib samak orang yang telah menggunakan barangan yang diperbuat daripada kulit babi seperti contoh kasut, beg, dompet dan sebagainya. Babi merupakan najis yang paling berat iaitu najis Mughallazah. Cara menyucikan najis ini beza dengan Najis Muqaffafah dan Najis Mutawasyitah. Firman Allah yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Baqarah : 173)

Ada pendapat yang mengatakan
“kalau kering kedua-duanya tidak perlu samak”. Sebenarnya pendapat ini adalah salah. Ulamak berpendapat bahawa najis anjing yang kering sahaja tidak perlu disamak, kerana najis anjing itu tidak berat sepertimana najis babi. Kalau najis anjing itu basah atau lembab, maka ia juga wajib di samak. Najis babi atau barang yang diperbuat dari kulit babi wajib di samak kerana ia merupakan najis yang paling berat.

Kenapa Islam suruh umatnya samak apabila tersentuh babi yang basah atau kering? Ada satu penelitian ilmiah yang diterbitkan pada 1986, dalam Persidangan Tahunan Sedunia tentang Penyakit Alat Pencernaan, yang diadakan di Sao Paulo. Mereka berpendapat :
“Babi banyak mengandung parasit, bakteria, bahkan virus yang berbahaya, sehingga dikatakan sebagai Reservoir Penyakit. Gara-gara babi, virus Avian Influenza jadi ganas. Virus normal AI (Strain H1N1 dan H2N1) tidak akan menular secara langsung ke manusia. Virus AI mati dengan pemanasan 60'C lebih-lebih bila dimasak hingga mendidih. Bila ada babi, maka dalam tubuh babi, Virus AI dapat melakukan mutansi & tingkat virulensinya boleh naik hingga menjadi H5N1. Virus AI Strain H5N1 dapat menular ke manusia. Virus H5N1 ini pada Tahun 1968 menyerang Hong Kong dan membunuh 700.000 orang (diberi nama Flu Hong Kong)."
Kesimpulannya

Islam adalah agama yang memberikan keselamatan kepada umatnya dalam semua amalan ibadah. Setiap perkara yang diwajibkan atau diperintahkan Allah ada tujuan dan maslahahnya. Samak adalah merupakan cara yang terbaik untuk menghilangkan kuman-kuman (virus-virus) yang terdapat daripada anjing dan babi yang sudah terbukti dapat membahayakan manusia. Wajib disamak kepada pakaian, kenderaan atau tubuh yang terkena najis anjing dan babi. Begitu juga dengan orang yang tersentuh barang yang diperbuat daripada kulit babi dan wajib disamak dengan kaedah yang telah ditetapkan oleh Islam.

12 Responses so far.

  1. kakyong says:

    oohh... dapat 1 ilmu baru hari ni..
    terima kasih berkongsi..

    meh la join contest & GA kakyong[dot]com
    http://www.kakyong.com/p/contest-dan-special-giveaway.html

  2. adda says:

    sama2 kite mengingatkan semula :)..
    thanks kak yong nanti saya nak jenguk ga kakyong. cam best je

  3. sya penh terbeli jam kulit babi..
    abg saya pula terbeli ksut..
    pengajaran bagi dri sndr semua..berjaga2 masa berada dibumi arab.egypt.dubai n mana2 negeri disini sbb fenomena sni ade je orang arab bela anjing.bnyk barang2 diperbuat dari kulit babi.xde stated pon diperbuat dr ape..kne hati2 selalu..

  4. adda says:

    rak sangka kt arab lg byk brg2 camni kan.. jam pon ada ke? saya penah gak terpegang kasut kulit babi kt parkson

  5. baik atas penjelasannya mengenai samak dan taharah,,tetapi yang muskil sekarang adalah ada tak dalil yang mengatakan kalau memakai barangan dari kulit babi kena samak, yang ada hanya dalil samak kalau terkena air liur anjing....boleh jelaskan syukran

  6. Asalamualaikum Ustaz saya nk tyn 3 soalan yang pertama>anjing jika kering saya pun kering xpe x klo disentuh??soalan yg kedua>najis anjing trkena pada kereta dan saya siram dgn air kemudian saya terkena pecikan air semasa siram najis?soalan yg trakhir bulu anjing yg gugur pastu kering tetapi saya pegang tangan saya ketika itu basah wajibkah saya samak?

  7. Gamer Boy says:

    FREE DOWNLOAD SEDUCE ME AND OTHER SEX GAMES ADULT 18+ FOR PC FULL VERSION LATEST VERSION COMPRESSED 18+ DOWNLOAD FROM HERE-->>>> www.icoregames.blogspot.com

  8. salam.. kalau misalnya cover telefon yang kulit babi macam mana? kan pernah terpegang basah2.. baju2 kita pakai, telekung solat kita pakai semuanya tu camne?tolong lah jawab soalan saya ni di alang_firah90@yahoo.com

    saya ada beli fon free flipcase, lepas 7 bulan pakai, kawan saya suruh check samada ianya kulit babi ke x, sy check x nampak pun titik tiga. saya ragu2, sy x pakai dah cover tu, tadi saya dapat info yang kalo ragu2, cuba bakar skit kulit tu, kalau ada bau cam rambut terbakar, itu confirm kulit babi.. nanti balik kerja nak try buat.. harapnya bukan kulit najis tu.. kalo ianya kulit tu, nauzubillahminalminzaliq, minta penerangan dari anda untuk menjawabnya camne cara nak samak semua ni?

  9. Nur Yana says:

    Sy bekerja di rumah org2 tua cina smua mknan blh dikatakn daging babi....sy xpernah sentuh tapi sy menyuap dan kadang2 sup yg mgndungi babi terkena pada sy...perlu ka sy samak...konfius...

  10. Kalau pegang beg dari kulit anjing pun kena samak ke?

  11. chegu int says:

    Babi dan Anjing dah jelas haram "dimakan" dan "tersentuh" "terpegang", bukan berdosa macam pengurus arak. Apa nak heboh, samak je la. Mereka ni kan makhluk tuhan juga ...
    http://infosantai2.blogspot.com

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Click me

Top Commentor

Make your own

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 160,006 & 160,066 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi slot ad free dari mama pipie :)

About Me

My Photo
Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

Click me